Sambutan Angry Birds

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticiOS: 80% (berasaskan 13 ulasan)[32]
PSP: 77% (berasaskan 13 ulasan)[33]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
GameZoneiOS: 8.0/10[34]
IGNiOS: 8.0/10[2]
PSP: 7.5/10[35]
Android: 8.0/10[36]
Official PlayStation Magazine (UK)PSP: 90/100[33][37]
MacWorld
Pocket Gamer

Angry Birds disambut amat baik oleh para pengulas permainan. Chris Holt dari majalah Macworld memuji permainan ini sebagai "teka-teki yang menagihkan, bijak dan mencabar",[8] sementara Keith Andrew dari Pocket Gamer berkata, Angry Birds merupakan "sekeping keaslian teka-teki yang disajikan dengan banyak nikmat".[10] Jonathan Liu dari Wired News pula mengulas, "mengejar bilangan bintang yang maksimum semestinya banyak menambah nilai main semula kepada permainan yang agak meluas".[38]

Ulasan untuk versi terawal permainan yang tidak menggunakan antara muka sentuh, iaitu versi PlayStation 3/PSP dan versi Windows, tidak kurang memberangsangkan, cuma dengan sedikit perselisihan atas antara muka yang berbeza-bea. Will Greenwald of PC Magazine yang mengulas versi PlayStation Network berkata, skema kawalan pada platform ini bagus, "tetapi tidak hampir sama memuaskan dengan kawalan skrin sentuh pada versi telefon pintar", lebih-lebih lagi, versi PlayStation 3 kelihatan "bercerancang dan kurang elok dipandang, seperti skrin telefon pintar yang dibesarkan kepada saiz HDTV".[39] Sebaliknya, Greg Miller dari IGN lebih menggemari persediaan kawalan analog bagi versi PSP, dengan ulasan bahawa ia "memberikan sedikit perbezaan pada kawalan hingga tidak terasa sama seperti adanya jari yang menghalang skrin".[35] Walaupun memberikan ulasan yang positif, Miller membuat kesimpulan, "Tidak boleh dinafikan Angry Birds menyeronokkan, cuma ia perlu diperhalusi — seperti visual yang lebih jelas, harga yang lebih berpatutan dan aksi yang lebih licin."[35] Damien McFerrin dari Electric Pig mengulas versi PC dengan komen bahawa "kaedah kawalan pacuan tetikus banyak menunjukkan kelebihan ketara berbanding kawalan jari".[40]

Angry Birds menjadi aplikasi berbayar yang paling laris dijual di App Store Apple UK pada Februari 2010, kemudian mengungguli jualan App Store Amerika Syarikat beberapa minggu kemudian,[41] dan kekal di tangga teratas hingga Oktober 2010.[42] Sejak dikeluarkan, versi percuma Angry Birds yang terhad pula dimuat turun lebih 11 juta kali untuk iOS Apple, manakala versi berbayar yang penuh pula dimuat turun hampir 7 juta kali sejak hingga September 2010.[13] Versi Android pula dimuat turun lebih sejuta kali dalam masa 24 jam selepas dikeluarkan,[43] walaupun ia menyebabkan tapak kedainya runtuh sekali kerana disarati muat turun,[44] dan lebih dua juta muat turun dalam hujung minggu pertamanya.[45] Rovio menerima pendapatan kira-kira AS$1 juta setahun daripada pengiklanan dalam versi Android yang percuma.[3]Menurut Rovio, para pemain mencatatkan jumlah masa bermain lebih sejuta jam sehari pada versi iOS,[12] dan 3.33 juta jam sehari i semua platform[46] dengan 40 juta pengguna aktif bulanan.[47] Pada November 2010, digitaltrends.com menyatakan bahawa "dengan 36 juta muat turun, Angry Birds merupakan salah satu permainan yang paling arus perdana sekarang".[5] Blog berita permainan video MSNBC tertulis bahawa "tiada aplikasi lain yang sebanding" dengan ikutan Angry Birds yang begitu hebat.[48] The Christian Science Monitor berkata, "Angry Birds merupakan salah satu permainan hit paling cemerlang pada tahun 2010".[6] Pada Disember 2010, sempena ulang tahun pertama keluarnya Angry Birds, Rovio Mobile mengumumkan bahawa permainan ini telah dimuat turun 50 juta kali, dengan lebih 12 juta dalam peranti iOS[3] dan 10 juta dalam Android.[49] Hingga Jun 2011, permainan ini dimuat turun 250 juta kali, termasuklah Angry Birds yang biasa, Angry Birds Seasons dan Angry Birds Rio.[4] Dalam sejarah Apple App Store, Angry Birds memegang rekod untuk bilangan hari terbanyak di atas carta Aplikasi Berbayar kerana menghabiskan sejumlah 275 hari di kedudukan #1; Angry Birds Rio pula di #1 selama 23 hari, sekaligus menduduki tangga kesembilan dalam senarai permainan terlaris pada Mei 2011.[50]

Anugerah

Pada Februari 2010, Angry Birds dicalonkan untuk anguerah "Permainan Kasual Terbaik" di majlis Anugerah Permainan Mudah Alih Antarabangsa ke-6 di Barcelona, Sepanyol.[51] Pada September 2010, IGN menyebutkan Angry Birds sebagai permainan iPhone keempat terunggul sepanjang zaman.[52] Pada April 2011, Angry Birds meraih anugerah "Best Game App" dan "App of the Year" di Appy Awards di UK.[53] Pada edisi ke-15 Webby Award, Angry Birds diberi anugerah "Permainan Terbaik untuk Peranti Pegang".[54]

Rujukan

WikiPedia: Angry Birds http://www.3dsfocus.com/2011/02/angry-birds-confir... http://www.abstractiongames.com/news.html http://www.allaboutsymbian.com/reviews/item/12402_... http://www.androidauthority.com/angry-birds-season... http://www.androidcentral.com/angry-birds-here/ http://heikki.angrybirds.com/ http://www.angrybirdsnest.com/2011/03/angry-birds-... http://www.angrybirdspiglantis.com http://appadvice.com/appnn/2010/06/angry-birds-rec... http://itunes.apple.com/us/app/angry-birds-hd/id36...